Monday 15 December 2014

VIDEO DI BAWAH MENERANGKAN CARA PENGGUNAAN MESIN GERUDI MUDAH ALIH




Uji Minda


  1. Antara Berikut yang manakah bukan jenis mesin gerudi

  2. Mesin Gerudi Meja
    Mesin Gerudi Tangan
    Mesin Gerudi Spin
    Mesin Gerudi Tiang

  3. Apakah fungsi Rahang pada mesin gerudi

  4. Mencengkam mata gerudi
    Memutar bindu
    Menempatkan ragum meja
    Mengawal kelajuan putaran bindu

  5. Antara mata gerudi berikut, yang manakah menggunakan digunakan dalam kerja-kerja besar

  6. Gerudi lurah banyak
    Gerudi bertangga
    Gerudi lubang senggat
    Gerudi lurah lurus

ANDA TELAH SELESAI MENJAWAB SEMUA SOALAN


Tuesday 9 December 2014

OBJEKTIF

·                     Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi lantai
·                   Mengetahui langkah keselamatan menggunakan mesin gerudi
·                     Membezakan jenis-jenis mata gerudi
·                     Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi.

Monday 8 December 2014

Langkah Keselamatan


Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi.

1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata keselamatan.
2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh. Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai.
3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi.
4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti.
5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum memulakan kerja.
6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian dilakukan
7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi dilakukan


JENIS-JENIS MATA ALAT GERUDI



Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran. Diantara jenis-jenis gerudi yang biasa digunakan ialah :

1. GERUDI PINTAL (TWIST DRILL)
Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Pintalan ini adalah dari dua laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja umum.




2. GERUDI BERGABUNG/GERUDI PUSAT (COMBINATION & COUNTERSINK/CENTRE DRILL)
Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan hujung 118º. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah digerudi. Gerudi ini dibuat dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan.






3. GERUDI HUJUNG RATA
Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian dalam lubang buntu supaya berbentuk tepat 90º.


4. GERUDI PIPIH (FLAT DRILL)
Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. Digunakan untuk menebuk 
lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik.




5. GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL)
Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini bersudut 60º. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang segi pada hujung lubang yang telah digerudi.





6. GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL)
Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi. Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak.



7. GERUDI LURAH LURUS (STRAIGHT FLUTED DRILL)
Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. Digunakan untuk melubang pada bahan yang lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis.




8. GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL)
Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. Pada bahagian badan gerudi ini terdapat saluran ;minyak yang terus keluar ke bahagian hujung, ini bertujuan minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ini dapat mengelakan kepanasan pada benda kerja. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang berat.






9. GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL)
Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada badan gerudi ini adalah lebih dari dua. Digunakan dalam kerja-kerja berat.




10. GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL)
Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran garispusat. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran.




Jenis-Jenis Mesin Gerudi

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada ianya jenis mudah alih atau jenis tetep, diantaranya ialah :

1. Mesin gerudi tangan (hand drill)




2. Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill)



3. Mesin gerudi meja (bench drilling machine)



4. Mesin gerudi jenis tiang (Pillar drilling machine)



5. Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine)



6. Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine)



7. Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine)



8. Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine)





Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum konsep asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama.


BAHAGIAN UTAMA


PENGENALAN

Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.

Gerudi Tangan
Gerudi menggunakan mesin larik